05 September 2010

'call-man'

guru adalah golongan yang paling awal mendapat cuti raya, tempohnya 2 minggu. trafik di lebuhraya masih lagi belum sesak. mungkin ramai yang belum mula cuti. tapi yang pasti sehari dua sebelum raya pasti sesak teruk. kl mungkin kosong.

tempat akulah yang paling teruk sebab majoriti orang nak balik ke pantai timur akan menggunakan laluan gua musang. entahlah. setakat ni mood raya perlahan-lahan hadir. malam tadi hujan. biasalah, mesti ada kemalangan punya di hiway kl-karak.

bukanlah disebabkan hiway ni berpuaka ataupun berbadi, tapi pemandu sendiri yang tak mahir mengendalikan kenderaan mereka. mereka kurang beri perhatian dan tumpuan sewaktu memandu. berkhayal saja. memang itu saja pendapat aku. yang terlibat dalam kemalangan pun bukanlah mereka yang memandu seorang atau berdua, tapi berkeluarga. penuh satu kereta.

tapi ramai yang menganggap memandu laju adalah punca utama. aku rasa bukan. ia terdiri daripada pelbagai faktor manusia. bukan juga salah kenderaan. jarang sekali ada kemalangan yang disebabkan tayar tercabut atau brek tak berfungsi. apa yang kerap berlaku ialah kereta terbabas, menukar lorong tanpa melihat kereta lain di belakang dan brek mengejut tanpa memperdulikan kenderaan lain di belakang. ni faktor-faktor utama.

hiway kl-karak memang berliku. sangat bahaya terutama waktu hujan. jalannya bukan seperti jalan di hiway plus. kebanyakan selekoh di hiway ni, jalannya dah tak boleh nak berikan cengkaman lagi pada tayar. ni jelas boleh dilihat pada warna jalan yang dah berubah menjadi kelabu. ditambah pula dengan 'call-man' yang main taktik kotor dengan meletakkan minyak pada permukaan jalan di selekoh-selekoh tertentu supaya kereta senang terbabas.

waktu jalan basah, kita takkan dapat bezakan jalan tu berminyak atau tak. nampak sama saja. sekali minyak pelincir tumpah di permukaan jalan tu, berapa lama pula kesannya nak hilang? jawabnya memang jalan tu akan menjadi licin untuk tempoh yang lama bila hujan. walaupun bunga pada tayar banyak lagi, tapi tak guna juga. nak cengkam apa kalau tar dah licin?

'call-man' pula paling suka waktu hujan. mereka dah siap-siap tunggu di kawasan yang sering berlaku kemalangan. tiap kali berlaku kemalangan, bagi mereka itulah kemenangan. macam mana orang yang kerja macam ni hidupnya nak senang? sampai bila kalau senang pun? mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. dalam sesetengah keadaan, mereka memang diperlukan. tapi bila kecelakaan orang lain dijadikan kegembiraan bagi mereka, ini dah tak berapa nak betul.

waktu minum di genting sempah tadi, sekumpulan 'call-man' duduk di sebelah meja. lengkap dengan set walkie-talkie masing-masing, mereka bercerita tentang kemalangan yang berlaku malam tadi. yang penting, masyuk. kadang-kadang 'call-man' dari kl pun menyibuk juga nak jaga kawasan. tarik sampai ke kl, sedangkan banyak je bengkel lain yang terdekat.

apa pun, perhatian, tumpuan dan kemahiran adalah asas yang paling penting dalam pemanduan. tak guna bawa kereta perlahan-lahan macam kura-kura sambil menyangka diri sendiri sebagai pemandu yang selamat tapi lembab dalam membuat keputusan dan takde kemahiran memandu langsung. inilah jenis pemandu yang sering menjadi punca sesuatu kemalangan.

No comments:

Post a Comment