30 September 2010

facebook

lihat dan hayati video ni.



dua puluh tahun terkebelakang, ini adalah contoh terbaik untuk menggambarkan parti PAS. mereka adalah satu parti yang mengaku mempejuangkan Islam dan sesiapa menolak mereka adalah kafir. pandangan politik mereka terlalu kolot dan jumud. aku minta maaf kerana bukan niat untuk memburukkan penceramah dalam video ini, tapi cara beliau bercakap, pendapat beliau dan perkataan yang beliau gunakan tidak langsung menarik perhatian golongan kaki facebook untuk mendengarnya. ia lebih membawa kepada perdebatan.

penceramah sebegini tak pandai menarik perhatian golongan sasarannya untuk berubah. dia lebih cenderung kepada memberi kecaman dan memperlekehkan orang lain. seperti juga PAS satu masa dahulu pernah berkata siapa menolak hudud, maka orang itu terkeluar daripada Islam. cukup mudah mereka mengkafirkan orang Islam yang lain semata-mata kerana tak mengikut perjuangan mereka.

jalan menuju Allah itu banyak, tak semestinya sejalan dengan PAS. itu pendapat aku. PAS hanya sebuah parti politik dan bukannya sebuah mazhab yang perlu diikut dan dipatuhi. mereka radikal dalam memperjuangkan ideologi mereka. cuma sekarang saja mereka banyak berubah.

penceramah dalam video ini menumpukan 100% ucapannya kepada keburukan facebook sedangkan banyak juga benda-benda positif kita boleh dapat daripada facebook. umpamanya menghubungkan silaturrahim antara 2 orang sahabat lama, saudara mara dan adik-beradik yang dah lama terpisah. bukankah besar pahalanya menghubungkan silaturrahim yang terputus?

bagaimana seseorang menggunakan facebook adalah terpulang kepada dirinya sendiri. kita tak boleh halang, tapi kita boleh beri pandangan dengan penuh hemah. soal aurat, tanpa facebook pun ramai saja wanita yang membuka aurat merata-rata. aku pasti setiap hari pencermah juga melihat aurat wanita merata-rata.

kalau zaman 70-80an dulu orang seperti penceramah ni menganggap tv adalah penyebar fitnah dah penggalak orang membuat dosa. ini adalah pandangan paling kuno dan jumud. selaluya yang bercakap tu pun rumahhnya ada tv dan dia sendiri layan hindustan. mungkinkah penceramah ni mempunyai akaun facebook?

jika sesuatu tu dinilai dengan cara seperti ini maka lebih baik diharamkan golongan wanita bekerja, haramkan penggunaan telefon bimbit dan pelbagai lagi kerana telefon dicipta oleh seorang yahudi dan ia adalah agenda yahudi untuk menghancurkan umat Islam (balik-balik inilah ayat mereka). marilah kembalilah ke zaman batu.

jika boleh, janganlah jadi ketam yang ajar anaknya berjalan lurus. berceramah perlulah dengan hikmah, bukan dengan kata-kata yang membosankan dan ketinggalan. ramai yang dengar, terutama kaki facebook akan memberontak mendengarnya. lebih baik ikut cara ESQ, mengajak manusia mengenal siapa dirinya dan tuhannya. itu lebih baik daripada menghentam sana sini sambil berserban.

No comments:

Post a Comment