01 September 2010

halal-haram

aku paling tak suka dapat emel-emel yang berkaitan dengan halal-haram sesuatu produk. contohnya macam emel kat bawah ni.

---------- Forwarded message ----------
From: adam millionaire
Halal Guide for muslim & muslimah in malaysia..... sesungguhnya mencari yang halal itu fardu for ummah

Untuk Renungan Bersama...

Assalamaualikum Tuan dan Puan Sekadar memanjangkan maklumat untuk renungan bersama Babi Sudah Jelas Haramnya .....

Perhatian Kepada Semua Umat Islam Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia.

Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi:

1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2.. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6.. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:

1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis 'Reach'
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin 8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11.. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16.. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya

1. Barangan Avon Keseluruhannya
2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberutahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Diatas
Terutama Pakaian Sembahyang. (SOLAT)

Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita.

Confirm - Pringles Potato Chips - Tidak Halal !!


baguslah kalau betul. tapi kalau tak betul yang tukang hantar emel tu akan jadi tukang sebar fitnah. sedangkan JAKIM tak mengeluarkan apa-apa kenyataan, mereka pula mendakwa macam-macam. golongan yang suka sebarkan emel macam ni adalah golongan yang sama percaya dengan video malaikat turun ke atas ka'abah. pendek kata, golongan yang kurang ilmu.

KFC dan Mc D yang telah mendapat perakuan halal daripada JAKIM pun mereka kata tak halal. mereka secara tak langsung menyebarkan perasaan was-was ke atas umat Islam.

"Hai orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang fasiq dengan membawa suatu berita perkhabaran, maka hendaklah kamu siasat kebenarannya.." al-hujurat

susah kalau ada golongan macam ni dalam masyarakat. mereka mendakwa ada kajian yang telah dijalankan namun kita sendiri pun tak pernah dengar. malah pihak yang didakwa menjalankan kajian pun tak berkata apa-apa sebaliknya tukang forward emel tu pula yang lebih-lebih. tak dapat nak dipastikan siapa disebalik semua ni. sama kesnya denga video malaikat turun di ka'abah tu. entah yahudi mana punya agenda, umat Islam dengan bodohnya terus sebarkan video tersebut.

kalau kita fikir sendiri pun dah boleh dapat jawapan. kenapa perlu sebar tanpa usul periksa?

No comments:

Post a Comment