14 September 2010

terkejut

aku rasa seluruh negara dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam jutawan kosmetik. dalam pada pihak polis yang sentiasa mengumumkan kadar jenayah negara berkurangan, dalam pada itu juga jenayah terus berlaku. makin hari makin parah. mengapa?

kalau benar penjenayah sudah gerun pada undang-undang, mengapa keadaan ni menjadi semakin teruk? jika penguatkuasaan dilakukan berterusan, kenapa setiap hari kita mendengar bermacam-macam kes jenayah berlaku?

atau adakah yang takut kepada polis itu hanya orang awam biasa dan bukan mereka yang melakukan jenayah? adakah penjenayah beranggapan bahawa pihak polis selalu mencari "kambing hitam dalam" menyelesaikan sesuatu kes supaya KPI mereka meningkat?

penjenayah sekarang bukan lagi mereka yang dihidup susah dan terpaksa melakukan jenayah untuk sesuap nasi. penjenayah sekarang bukan lagi mereka yang bodoh tak lulus SPM atau tak pandai berbahasa inggeris. penjenayah zaman sekarang adalah mereka yang terpelajar, berstatus, berjawatan dan bergaji tinggi. penjenayah seperti ni lebih kejam daripada mereka yang mengugut dan merompak kedai emas.

mereka bermuka-muka, berselindung disebalik segala kebaikan yang sengaja diada-adakan. adakah pihak polis pilih bulu dalam menyelesaikan kes-kes jenayah berprofil tinggi? mungkin ya dan mungkin tak. entahlah, tapi bekas KPN yang tak disambung kontraknya telah pun bersuara bahawa terdapat tekanan daripada pihak luar ke atas polis yang menjalankan siasatan berkenaan kes-kes tertentu.

tapi kenapa baru sekarang beliau nak bersuara. siapa yang akan mendengarnya? beliau dah takde 'kuasa' lagi. selamat menjadi orang awam yang boleh diperlakukan apa saja. kadang-kadang kelakar juga. nak pencen ni macam-macam nasihat yang diberikan. mungkin 4 tahun lebih tak cukup baginya untuk memperbaiki PDRM. atau mungkin beliau belum puas 'berkuasa', siapa tahu?

apa pun pihak polis tak seharusnya dipersalahkan 100% dalam peningkatan kes-kes jenayah dalam negara ni. ada dikalangan mereka yang benar-benar ikhlas melindungi keselamatan rakyat negara ni. cuma memang tak dinafikan juga, imej buruk memang sentiasa terpalit ke atas mereka.

mungkinkah juga pihak PDRM sibuk melindungi kepentingan beberapa tokoh politik tertentu dengan menumpukan perhatian kepada orang yang tidak sehaluan dengan kerajaan seperti pendemo-pendemo jalanan daripada menumpukan perhatian kepada kes-kes jenayah yang semakin lama semakin rumit.

dalam kes terbaru polis tembak budak, berapa ramai penjenayah professional ketawakan saja pihak polis. mereka langsung tak dapat nak bezakan antara penjenayah dan kanak-kanak bawah umur. malang sungguh nasib PDRM kerana masih memiliki anggota yang gila kuasa, bodoh, sombong dan pentingkan diri sendiri.

aku ingat lagi apa kata KPN waktu kes tu. pihak polis mesti bertegas dalam kes seperti tembak budak ni supaya orang ramai takut pada polis. maksud beliau tu aku faham, iaitu polis takkan semudah tu nak mengaku salah. tapi ayat beliau tu tak kena sebab menyatakan 'orang ramai', bukan penjenayah yang perlu takut pada polis. jadi bila penjenayah tak takut polis faham-faham sendirilah.

mungkin lebih baik pihak polis buat sesuatu untuk mengambalikan maruah mereka. bila mereka ada maruah, orang awam secara automatiknya akan hormat dan pandang mulia kepada pasukan mereka. tapi bila maruah pasukan mereka takde, siapa yang nak hormat? takut? mungkin mereka beranggapan bila orang ramai takut kepada pasukan polis maka jenayah akan turun. tapi konsep kuno tu sebenarnya tak sesuai lagi digunapakai zaman sekarang. kembalikan integriti polis dan maruah pasukan akan kembali pulih seterusnya akan membawa rasa hormat masyarakat kepada pasukan mereka.

tapi ramai juga polis merasakan mereka perlu dihormati dengan cara memeras ugut pesalah, pukul suspek dalam lokap, tembak budak bawah umur (konon sharp shooter la ni...) dan pelbagai lagi kes salahlaku. hormat adalah sesuatu yang perlu diperolehi bukan sesuatu yang boleh didapati dengan cara-cara tertentu. ingat tu.

No comments:

Post a Comment