25 August 2010

check & balance

disebabkan bosan takde apa nak buat, aku pun capai saja berita harian di depan mata ni. selalunya aku takkan baca surat khabar kerana isinya mengarut. lebih baik baca komik. tapi di pejabat manalah ada komik.

aku tertarik diruangan surat pembaca. "harga insurans tak munasabah". katanya dia nak renew insurans motor lama pun kena caj sampai rm196. nak renew insurans kereta tak mampu kerana loading yang tinggi dan terpaksa beli insurans first party. harga keretanya, proton saga tahun 1989, hanya sekitar rm4,000 tapi terpaksa 'menginsurans'kan kereta pada harga rm10,000.

aku tertarik pada akhir ayatnya, "kerajaan, ambillah tindakan...". pertama sekali, orang macam ni adalah orang yang cepat marah tanpa berfikir panjang. mengapa? dia nak marah pada syarikat insurans sedangkan yang meluluskan loading insurans yang tinggi dan 'player' utama penghapusan insurans third parti adalah kerajaan sendiri. kerajaan buat begini supaya orang ramai jual kereta mereka dan beli kereta baru. atau dalam ertikata lain, untuk merancakkan ekonomi negara yang lembab, kerajaan perlu menggalakkan orang ramai berbelanja walaupun terpaksa berhutang.

dengan kadar insurans kenderaan lama yang tinggi, kerajaan berharap rakyat akan membeli kenderaan baru. secara teorinya, kenderaan murah dan mampu milik hanyalah daripada pengeluar proton dan perodua. jadi, tentu saja belian kenderaan-kenderaan sebegini akan meningkat. ini akan menambahkan lagi keuntungan syarikat-syarikat berkenaan yang kita semua tahu seperti lubuk emas bagi tokoh-tokoh politik tertentu.

kesian betul orang tu. macam manalah kerajaan nak ambil tindakan pada syarikat-syarikat insurans yang mematuhi peraturan yang ditetapkan? dia mesti orang kampung. sebab orang kampung selalunya macam ni. mereka jarang berfikir panjang kenapa syarikat insurans mengenakan caj yang tinggi. mereka percaya bulat-bulat apa yang disuapkan kepada mereka melalui akhbar standard dan berita yang keluar di tv.

alasan bahawa loading yang tinggi terpaksa dikenakan ke atas kenderaan lama kerana banyak terlibat dalam kemalangan/kehilangan adalah bertujuan memperbodohkan dan meremehkan masyarakat. siapa nak curi kereta lama? siapa nak buat tuntutan kereta lama hilang jika ianya third party? semua orang tahu, insurans third party tidak melidungi pemilik, sebaliknya pihak ke-3 sahaja.

pemilik kenderaan lama rata-ratanya orang kampung. majoriti mereka terdiri daripada melayu yang percaya bulat-bulat kepada melayu di bandar. yang selalu terlibat dalam kemalangan dan kehilangan kenderaan adalah kenderaan baru dan mewah, bukan kenderaan lama. bayangkan berapa banyak kenderaan lebih 15 tahun boleh pecut macam persona ataupun vios?

jadi, untuk 'cover' kos tuntutan yang tinggi daripada kenderaan-kenderaan baru, orang-orang kampunglah jadi mangsa. macam tak biasa pula mereka ni. seperti saman ekor, tak mungkin kerajaan akan mansuhkan kerana ini adalah cara termudah dan pantas untuk memenuhkan kantong kerajaan. mana mungkin dimansuhkan? tapi beberapa orang pemimpin dalam kerajaan bijak. mereka mengusulkan supaya saman ekor dikaji semula walhal mereka juga sebenarnya yang membuat keputusan tidak akan tarik balik saman ekor.

akhirnya, orang ramai akan marah pada polis. mencemuh polis dengan pelbagai sumpah seranah. kita kena ingat, polis menjalankan tugas mengikut apa yang diarahkan. mengapa kita tak berfikir jauh sedikit tentang siapa yang memberi kuasa kepada polis melaksanakan saman ekor? jika pihak berkenaan memberi kuasa, apakah ia tak boleh tarik semula arahan tersebut? fikirkan sendiri. jangan hanya baca dan terima bulat-bulat daripada akhbar.

sampai bilalah orang kampung nak maju kalau berfikiran begini? mereka selalu ditindas oleh orang yang mereka harapkan sama ada mereka sedar ataupun tak sedar. mereka jugalah yang selalu ditipu demi kepentingan beberapa kerat melayu yang berjawatan tinggi dalam kerajaan. mereka akan terus kekal sebagai manusia yang suka ditipu kerana lemahnya daya fikir dan merasakan apa yang mereka ada sudah cukup selesa.

melayu perlu ada 'semak dan imbang' (check & balance) barulah kita tahu cerita sebenar disebalik sesuatu. atas nama memajukan/memodenkan melayu, golongan luar bandar menjadi mangsa, ditindas dan dijerut leher mereka untuk memperkayakan segelintir manusia berbangsa melayu yang tamak dan rakus.

setiap kali harga sesuatu barang/perkhidmatan naik, peniagalah yang terpalit lumpurnya. sedangkan mereka ditekan oleh kos-kos sampingan lain oleh pihak kerajaan yang menyebabkan harga barang/perkhidmatan terpaksa dinaikkan.

No comments:

Post a Comment