11 August 2010

seorang...

hari pertama berpuasa, hari ni jugalah berbuka sorang-sorang. kalau orang lain mungkin dah tak lalu nak makan. aku? biasa saja. 3 tahun lepas aku juga begini. bukan tu saja, sejak dulu pun begini. cuma meriah jika ada rakan-rakan.

makanan apa pun tak penting, janji makanan. ada yang teringat lauk mak di kampung, suasana kampung. mungkin aku tak terasa kerana aku boleh balik bila-bila masa yang aku nak. ntah, aku lebih selesa begini. ramadhan tetap indah bagi aku walaupun berseorangan.

aku tak faham sesetengah manusia ada yang berasa sedih sebab tak dapat berpuasa dan berbuka di kampung pada awal ramadhan ni. benda punyalah remeh pun nak sedih. berapa ramai lagi manusia yang tak dapat makan dan minum dengan sempurna dalam dunia ni? berapa ramai kanak-kanak yang sentiasa kekurangan makanan? mana lagi sedih?

mungkin keluarga kita bahagia, meriah dan cukup segalanya tapi tak salah kalau kita hayati perit maung mereka yang tak senasib dengan kita. bukankah bulan ni bulan keberkatan. beribu manusia berlumba-lumba untuk menambahkan amalan dengan bersedekah dan sebagainya. mengapa kita perlu sedih kalau setakat tak dapat berbuka dengan keluarga sedangkan kita tak tergolong dalam golongan mereka yang kurang bernasib baik.

mungkin aku tak kisah sangat sebab aku pernah lalui serba sedikit daripada pengalaman tu. namun ramadhan tetap indah bagi aku. aku pernah bersahur sorang-sorang, makan nasi telur goreng & kicap. aku juga pernah berbuka dengan mee seringgit dan air sejuk. semuanya sorang-sorang. aku juga pernah berkira-kira sebab bimbang tak cukup wang untuk membeli juadah berbuka sepanjang bulan puasa.

semuanya tak pernah aku kesalkan tapi aku tetap rasakan itulah ramadhan terindah buat aku. kenapa? aku dapat rasa suatu pengalaman yang ramai manusia tak nak rasa. bahagia? percaya atau tidak, dalam sorang-sorang tu aku tetap bahagia. mungkin tak sebahagia seperti kebanyakan orang. tapi hati aku senang.

senang dan tenang, itulah yang penting dalam kehidupan ni. rasa akulah....

No comments:

Post a Comment