24 May 2011

Ego

Pandangan setiap orang adalah berbeza. Namun aku tak faham kenapa pandangan Ustaz Hassan Mahmud sangat berbeza tentang kejadian tanah runtuh yang mengorbankan anak-anak yatim di Hulu Langat tempoh hari. Komen beliau boleh dilihat http://www.youtube.com/watch?v=idG83j3k14I&feature=share

Katanya, ia adalah satu kezaliman kepada anak-anak tersebut kerana menguburkan mereka sebelum mereka dikuburkan. Ramai yang marah dengan kenyataan beliau namun aku cuba untuk fahami apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Pelik juga kerana apa yang aku faham adalah beliau seolah-olah cuba menyalahkan pihak pengurusan sekolah berkenaan atas kejadian tersebut.

Secara fitrahnya kejadian ni diklasifikasikan sebagai bencana dan manusia tiada upaya untuk mengelakkannya jika itu sudah ditetapkan. Namun mungkin beliau mempunyai tafsiran yang berbeza dan menganggap kejadian tersebut adalah disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri. Entahlah, aku tak faham apa yang cuba nak disampaikan beliau selain daripada apa yang aku nyatakan. Pada aku langkah terbaik ialah tidak cuba mencari salah sesiapa pun terutama dalam kejadian seperti ni. Jika dicuba juga cari salah, dikhuatiri ia boleh mengundang perasaan tidak puas hati pelbagai pihak. Tambahan pula ustaz Hassan Mahmud adalah seorang ikon terkenal dalam rancangan Imam Muda. Tentu saja ramai yang menjadikannya ikutan dan idola.

Bila kejadian seumpama ni berlaku akan ramailah manusia yang datang untuk menghulurkan bantuan dan ini adalah suatu yang bagus. Yang tak bagusnya dalam sama-sama memberi bantuan, apa pihak yang cuba nak jadi hero dengan menyalahkan pihak yang lain. Siapa yang nak kejadian seperti ni berlaku? Sekolah tu sendiri 'hidup' dengan bantuan sumbangan orang ramai dan mereka yang bertungkus-lumus mengusahakannya. Senang-senang saja orang seperti ustaz Hassan Mahmud menempelak pihak ini. Wajar ke?

Walaupun beliau seorang ustaz, tak bermakna beliau boleh berkata apa saja tentang orang lain. Dari sini kita boleh lihat watak & ego seseorang tanpa mengira apa statusnya sekali pun.

No comments:

Post a Comment