26 May 2011

Suatu kajian

Aku sebenarnya sedang mengikuti kursus di Pangkor. Sepanjang hidup aku, belum pernah lagi datang ke sini. Cantik juga tempatnya.

Tapi bukan tu aku nak cerita. Aku memang seorang yang suka memerhati gelagat orang lain. Waktu dikursus ni memang banyak gelagat orang yang aku perhatikan. Baik daripada pegawai pangkat tinggi hinggalah kakitangan bawahan. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Pegawai yang berpangkat dengan kakitangan bawahannya. Pegawai ini muda dan kakitangan bawahannya adalah seorang veteran yang telah lama berkhidmat.

Apa yang aku perhatikan ialah pegawai ni memang selalu kena cakap-cakap belakang oleh anak buahnya. Sebabnya mudah. Dia ni jenis tak reti bercampur dengan orang yang lebih tua daripadanya. Dan tak pandai ambil hati mereka yang lebih lama berkhidmat daripadanya. Bila bersembang jarang sekali memuji orang sebaliknya mengutuk (macam yang aku tengah kutuk ni la) orang lain. Ada sekali tu waktu dinner, aku lihat ada tempat kosong. Lalu aku pun duduk dan minum air yang telah disediakan. Waktu aku nak bangun ambil makanan, pegawai ni tegur aku sambil suruh aku pindah ke tempat lain sebab dia dah duduk kat situ. Waktu tu dia tengah bersembang dengan member dia di meja yang lain.

Secara sepontan aku menjawab, aku dah minum air kat cawan tu. Dia kata tak kiralah, dia nak aku pindah juga. Jarak antara aku dengan dia agak jauh jadi percakapannya boleh didengari oleh orang sekeliling. Aku lihat muka member-member lain kat meja tu (seramai 4-5 orang) semuanya berubah. Ada yang berbunyi, "kenapa dia tu?" Aku agak terkejut juga. Bukannya apa. Dengan jawatan yang dia sandang, langsung tak padan dengan sikap dia yang macam budak-budak tu.

Takde masalah pada aku untuk pindah lalu aku pindah saja. Seorang member lain menahan lalu menyuruh aku duduk didepannya walaupun memang tempat kosong tu dah ada orang. Aku hanya letak cawan lalu pergi mengambil makanan. Kemudian pegawai yang bersikap kebudak-budakan ni datang kat aku dan berkata dia tak jadi nak duduk kat situ. Dia minta aku duduk saja. Ayat pertama yang terlintas dalam kepada aku waktu tu, "apa kebodohnya mamat ni. Tadi beria sangat".

Sejak daripada tu aku perhatikan saja dia. Dah macam spesimen kajian aku saja. Lalu aku membuat beberapa rumusan:

i. mamat ni waktu dia sekolah mungkin selalu dibuli sebab skema
ii. tiada ramai kawan sebab perangainya hanya orang sepertinya saja boleh terima
iii. orang memandangnya sebagai seorang yang berlagak
iv. orang akan mengutuk dia di belakangnya termasuklah anak buahnya
v. dia seorang yang bodoh dalam membuat keputusan dan tak boleh harap

Maafkan aku sebab kadang-kala aku terlalu berterus-terang. Aku lihat dia memang tak bercampur dengan orang yang lebih tua daripadanya. Dia lebih banyak berkawan dengan perempuan. Wataknya sedikit lagi hampir menyamai seorang pondan. Pondan memang memiliki sifat-sifat sebegini.

Aku terus berfikir lagi. Patutnya dia ni saja yang dihantar berkursus. Kadang-kala, jawatan sebagai seorang pemegang ijazah membuatkan kita berasa besar diri dan menganggap orang lain kecil saja. Apa ada pada ijazah? Aku pun tak lama lagi dapat juga jika diizinkanNya. Besarkah aku nanti? Bila anak buah dah boleh mengutuk bosnya bererti bosnya tak pernah ambil perhatian kepada masalah anak buahnya. Yang dia tahu kerja dan arahannya mesti siap. Secara tak langsung dia bukanlah seorang yang berfikiran panjang sebab dia tak ambil kisah pun pendapat anak buahnya telah lebih lama berkhidmat daripadanya.

Anak buahnya adalah seorang kakitangan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam jabatan ni. Dia pula kurang 10 tahun kalau tak silap aku. Malas nak layan sangat emosi marah ni sebenarnya. Walaupun dia rasa dirinya bijak, tapi aku tetap anggapnya seorang yang bodoh. Tak kiralah apa idea yang datang daripadanya, aku secara automatik menganggap idea daripada orang bodoh akan berkesudahan macam bodoh juga. Dan aku pasti dia akan terus dikutuk oleh mereka yang menjadi anak buahnya sama ada yang telah, sedang atau pun akan berkhidmat di bawah seliaannya.

Aku biasa juga jumpa budak macam ni waktu belajar dulu. Macam orang yang takut nak pegang katak sebab geli kerana menganggap katak tu terlalu kotor dan dirinya terlalu bersih. Ramai yang geli pegang katak tapi tak ramai yang takut nak pegang sebab rasa dirinya terlalu bersih. Ada faham maksud aku? Maksudnya ramai juga orang bodoh tapi yang bodoh sombong ni taklah ramai.

No comments:

Post a Comment