12 May 2011

Pembangunan

Baru berbual dengan member aku tentang politik. Seorang bekas PM yang amat dikagumi oleh ramai orang. Aku tak bermaksud nak merendah-rendahkan beliau pun. Baguslah atas apa yang dilakukan yang memberi impak yang baik kepada bangsa dan negara.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Ada yang pandai menipu tapi dalam masa yang sama dia disanjungi. Ada yang pandai mengatur strategi tapi dicaci penyokong sendiri. 2 tokoh terkenal negara kita, tak lain tak bukan Pak Lah dan Che Det.

Aku lebih selesa memanggilnya Che Det. Asalnya dia bukanlah daripada keluarga yang kaya-raya pun. Malah dia bukan daripada golongan bangsawan yang terkenal seperti Tunku dan golongan bangsawan seperi Tun Razak. Beliau orang biasa saja yang bekerja dengan kerajaan pada masa tu. Sejarah hidup beliau memang banyak.

Beliau mula memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara waktu aku lahir, tahun 1981. Sejak tu sampailah lebih 20 tahun. Apa perubahan yang beliau bawa? Macam-macam. Kereta nasional, projek lebuhraya utara-selatan dan pelbagai jenis penswastaan.

Jika kamu belajar ekonomi, penswastaan adalah baik untuk memperbaiki sistem penyampaian ataupun perkhidmatan sesebuah jabatan. Dengan penswastaan, beban kerajaan berkurangan dan mutu perkhidmatan dapat di tingkatkan. Itulah ideanya. Lihat saja Telekom Malaysia dan TNB. Ini adalah contoh penswastaan Jabatan Telekom Malaysia dan Lembaga Letrik Negara. Aku ingat lagi nama-nama ni.

Bagusnya ialah ia cepat berkembang dan ramai dapat menikmati kemudahannya. Tapi lama kelamaan ia menjadi satu monopoli pula. Bila monopoli maka tiadalah persaingan. Bila tiada persaingan, mereka boleh buat sesuka hati mereka. Ada syarikat telekomunikasi lain yang seperti Telekom? Jangan cerita tentang Maxis, Digi dan Celcom. Mereka adalah pembekal perkhidmatan selular. Mereka juga banyak bergantung pada Telekom. Sebab tu mereka tak menawarkan servis talian tetap. Kelemahan penswastaan seperti ni (sama ada sengaja atau tak sengaja) menyebabkan monopoli perkhidmatan ni dipegang oleh sesetengah individu saja. Mereka yang mengawal harga pasaran. Tahukah kita bahawa caj perkhidmatan internet negara kita seperti broadband tu adalah antara yang tertinggi di dunia?

Selain daripada tu, projek kereta nasional Proton juga menyebabkan orang lain terpaksa menanggung cukai kenderaan import yang tinggi. Daripada satu sudut, memanglah mereka boleh berkata tiada sesiapa pun yang memaksa orang lain untuk membeli kereta buatan Malaysia, tapi dengan menaikkan cukai import sehinggi 300%, bukan semuanya mampu membeli kereta import. Jadi pilihan yang ada hanyalah kereta Proton.

Proton dilindungi oleh kerajaan dan pemegang sahamnya juga adalah terdiri daripada beberapa golongan individu yang terlibat dalam kerajaan. Negara kita tak pernah buat kereta sebenarnya. apa yang Proton buat ialah membeli enjin dan teknologi Mitsubishi lalu memasang ke dalam chasis/rangka Mitsubishi yang telah melalui sedikit pengubahsuaian supaya kelihatan lain sedikit. Lalu mereka 'claim' inilah kereta nasional kebanggaan Negara.

Nak tahu kereta apa yang dibuat oleh Proton hampir sepenuhnya tanpa menggunakan teknologi luar? Tiada. Malah Persona, Gen2 dan seangkatan dengannya tetapi menggunakan teknologi Barat dan Timur. Akhirnya projek gila seperti ni menemui jalan gagal. Nampak seperti berjaya, namun hakikatnya gagal. Proton tak pernah catat untung sejak sekian lama.

Mereka (Proton) kini kembali menjual produk Mitsubishi. Setelah 26 tahun dalam industri ini, Proton masih belum berjaya mengeluarkan kenderaan beridentiti sendiri tanpa mengambil teknologi pembuat kereta lain. Mereka tak ubah seperti Naza dan Tan Chong Motor. Sama saja. Bezanya, mereka mempunyai kilang untuk membuat body, bukan enjin (kecuali enjin campro).

Rakyat negara ni tak diberikan kebebasan sepenuhnya untuk membeli kenderaan pilihan hati mereka apabila harga yang tinggi dikenakan ke atas kenderaan import. Itupun Che Det masih tidak mahu mengaku bahawa cukai yang tinggi dikenakan atas kenderaan import bukan bertujuan untuk melindungi Proton. Orang Melayu bodoh saja yang percaya kata-kata ini. sebab apa aku hanya kata orang Melayu? Mana ada orang Cina nak percaya pun. Mereka lebih realistik. Cuma bangsa Melayu saja yang kadang-kadang terbawa-bawa sangat dengan konsep ketuanannya. Bila disergah sikit tentang ini, mereka mula rasa risau lalu membiarkan saja nasib mereka ditentukan oleh segelintir Melayu lain yang sibuk mengaut keuntungan.

Projek KLIA memang bagus. Lapangan terbang terkini dan termaju. Tapi lokasinya? Cuba bayangkan begini. Aku sebagai seorang pemerintah tertinggi akan mengarahkan kawan-kawan atau sedara mara aku supaya membeli tanah di satu kawasan yang orang lain tak terfikir untuk membeli. harganya tentulah murah. Bila urusan pembelian tanah dah selesai, aku akan cadangkan satu lapangan terbang yang canggih dibina atas lokasi yang telah aku maklumi. Aku akan arahkan kementerian di bawah aku untuk membeli tanah dilokasi yang berkenaan. Siapa yang untung? Aku dan kawan-kawan/sedara mara aku tadi la. Sebab tu KLIA berada di ceruk Sepang dan Putrajaya di Dengkil yang takde apa pun.

Orang yang keliru akan menganggap bahawa aku membawa kemajuan ke atas kawasan ni. Tapi sebenarnya aku lebih berminat dengan duit yang bakal dapat. Kemajuan mesti la ada sedikit supaya perkara ni tak terlalu ketara kelihatan. Apa jadi dengan Putrajaya? Bagus, canggih tapi berapa banyak pengangkutan awam yang ada di sana? Berapa ramai kakitangan kerajaan yang terpaksa berulang-alik dari luar Putrajaya? Apakah kemudahan pusat membeli-belah, hiburan yang ada? Apakah lokasi lain yang menarik berdekatan? Kawasan tu kawasan mati. Tanyalah orang yang tinggal di sana. Mesti ada yang tak suka.

Jauh dari ibukota bermaksud jauh dari segala aspek kemudahan yang kita dapati di ibukota. Menara Petronas mercu kejayaan. Tapi satu daripada 2 menara tu kepunyaan siapa? Siapa yang menanggung kos penyelenggaraan menara yang mahal tu kalau bukan pembeli di Suria KLCC? Di sinilah bijaknya Che Det. Tanpa Suria KLCC, tiada siapa nak pegi KLCC tu. Lalu beliau wujudkan pusat membeli belah Suria di sana. Ramailah orang yang berbangga membeli belah di kawasan mahal tu. Termasuklah orang-orang kampung. Biar bodoh asalkan puas, katanya.

Che Det terkenal kerana ini semua. Tapi warga felda tetap mengalami masalah air yang tak menentu. Taraf hidup mereka terlalu perlahan naik. Memanglah rumah mereka semakin besar kerana hutang mereka juga semakin besar. Mereka cuma diberi kemudahan hutang, bukan kemudahan apa pun.

Ramai yang kutuk Pak Lah dulu. Kononya beliau lemah dalam pentadbiran. Tahu tak gaji kakitangan awam naik pada zamannya. Tu baru berapa tahun pegang kerajaan. Bayangkan kalau lama lagi? Satu yang orang kurang nampak ialah beliau ni (pada pendapat aku) mempunyai pandangan yang jauh. Lihat apa jadi pada BPR? Terus jadi suruhanjaya. Kenapa? Agar lebih bebas dan tidak mengikut telunjuk menteri. Menteri akan ambil kesempatan selagi boleh ke atas kementerian yang dipegangnya (jangan tipulah).

Tapi beliau diserang dari dalam dan Che Det sendiri. Marah betul orang tua tu macam budak kecik dan dapat dukung.

Apa pun, itulah senario ahli politik Malaysia daripada pandangan mata aku.

No comments:

Post a Comment